TIPS KURUS CEPAT # KESALAHAN BESAR MEMBUAT AIR LEMON!?

HI! ADAKAH ANDA INGIN KURUS CEPAT? HARI NI CHE JA NAK KONGSI BAGAIMANA NAK BUAT AIR LEMON. DENGAR MACAM KELAKAR KAN. KENAPA PULA NAK ‘SHARE’ SEDANGKAN IA MUDAH UNTUK DISEDIAKAN. ‘WELL’, CHE JA NAK BAGI TAHU KEBANYAKAN ORANG TELAH MELAKUKAN KESILAPAN BESAR KETIKA MEREKA MEMBUAT AIR LEMON. SEMUA ORANG SUKA MINUM LEMON. YA, TAPI MEREKA TIDAK AMBIL SEMUA KEBAIKAN LEMON KESELURUHANNYA YANG ADA. CARA MEREKA MEMBUAT AIR LEMON ADALAH SALAH KESELURUHANNYA. NAH, HARI NI CHE JA NAK BAGI TIPS BAGAIMANA NAK BUAT AIR LEMON DENGAN BETUL.

 

 

Sesetengah orang minum air lemon setiap pagi sebagai pencuci perut untuk membantu membuang air besar. Minum air lemon suam atau air lemon panas bila anda bangun dari tidur boleh bantu membersihkan sistem pencernaan anda dan berjalan dengan lancar.

 

Apa yang perlu anda sediakan ialah :

 

Buah Lemon (1 biji) 

 

  Penyagat halus

 

Air RO / Air Mineral (1 botol 600ml)

 

 

Pertama sekali Che Ja pastikan buah lemon dicuci dengan bersih. Selepas dicuci bersih kulit buah lemon itu Che Ja sagat dengan halus menggunakan penyagat. Hati-hati bila sagat buah lemon sebab Che Ja hanya ambil kulitnya sahaja. Che Ja tak nak rasa pahit dalam air lemon Che Ja nanti.

 

 

Setelah kulit lemon disagat, golekkan dengan lembut lemon tadi arah depan ke belakang dan ulangi untuk lembutkan buah lemon dan cara ini untuk dapat lebih jus lemon. Ini adalah cara ‘natural’. Sekiranya anda ada alat pemerah lemon abaikan cara ini. Setelah itu, belah dua buah lemon tadi dan buang bijnya sekali. Perah buah lemon tadi ke dalam mangkuk atau cawan untuk mendapatkan jus lemon. Selebih buah lemon tadi dihiris dengan nipis.

 

 

Untuk membuat air lemon, Che Ja masukan hirisan lemon tadi, kulit lemon yang telah disagat dan jus lemon kedalam ‘jar’. Akhir sekali masukkan air mineral atau air RO. Inilah dia air lemon yang dibuat dengan cara yang betul. Nah.. nikmatilah segelas air lemon dengan mendapat khasiat sepenuhnya dari buah lemon selain anda nak kurus dengan cepat.

 

 

KEBAIKAN MINUM AIR LEMON

 

      JUS LEMON  Mengandungi Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin A, Vitamin E, Folate, Riboflavin, Cooper, Calcium, Iron & Potassium. Citric acid dalam jus lemon boleh mengelakkan batu karang.

      KULIT LEMON  Merendahkan kolesterol, melawan kanser, meningkatkan kesihatan tulang, menjaga kesihatan mulut, mencantikan kulit.

 

Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsi serta taip di ruang komen. Che Ja harap anda dapat cuba buat air lemon seperti di atas atau anda boleh ‘share’ tips air lemon anda pula. Selamat mencuba. Sayangi diri anda dan keluarga anda.

 

 

[Pengumuman]  Jika anda ingin kurus dengan cepat dengan cara mudah klik di sini.

 

 

Leave a Reply