TIPS # KURUS CEPAT TANPA DIET

Tidak dinafikan, menurunkan berat badan dan mendapatkan badan yang ideal bukanlah sesuatu yang mudah. Diet dan latihan kecergasan belum tentu menjamin anda mendapatkan hasilnya. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan anda tidak berjaya kurus dengan cepat. Walau bagaimanapun, ada cara yang boleh membantu anda untuk kelihatan langsing secara semulajadi. Amalkan kebiasaan ini.

1  BANGUN TIDUR

Setiap kali anda bangun tidur pada waktu pagi, duduklah perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Luruskan kaki dan sandarkan badan anda. Lakukan regangan lembut di bahagian punggung dan paha belakang. Tahan, rehat selama 5 saat dan ulang. Gerakan ini membakar 10 kalori.

 

2  GOSOK GIGI  

Ketika memberus gigi, cubalah berdiri dengan menggunakan sebelah kaki dan lakukan secara gantian. Latihan keseimbangan ini membantu anda meningkatkan kekuatan otot dan baik untuk otak anda.

 

3  SQUAT  

Anda tidak perlu menggunakan peralatan atau tempat khusus untuk melakukan gerakan ini. Sebelum anda duduk di tempat kerja, buka kaki anda selebar bahu, turunkan badan perlahan-lahan. Latihan ini membantu anda membuatkan otot paha lebih kencang.

 

4  PUSH UP

Lakukan latihan ini pada bahagian dinding. Dengan hanya tiga sesi sahaja dapat membantu menguatkan dada dan trisep anda.

 

5  YOGA

Ketika anda sedang beratur sama ada menunggu giliran atau sebagainya, cuba lakukan yoga dengan dengan merapatkan kedua belah tapak tangan dan bawa ke belakang punggung. Tahan posisi anda selama 10-20 saat. Tarik nafas dan hembus.

 

6  MEMBELI BELAH

Dengan membawa barang-barang hasil membeli belah dapat meningkatkan daya ketahanan dan membakar kalori. Begitu juga ketika anda mencuba beberapa helai pakaian sebelum membeli juga boleh membuatkan kalori anda terbakar. Ia membakar sehingga 60 kalori. 

 

7  BERJALAN

Segeralah angkat apabila mendengar telefon berbunyi. Bercakaplah sambil berjalan-jalan kecil dan berdiri. Gerakan ini membakar 50 kalori.

 

8  TURUN NAIK TANGGA

Dengan hanya turun naik tangga selama 2 minit per hari selama 5 hari memberi persamaan dengan anda berjalan selama 20 minit. Ia membakar 100-400 kalori dan cara ini anda dapat kurus dengan cepat.

 

9 BERCUTI

Bukan sekadar untuk bercuti dan berseronok tetapi dengan perjalanan untuk tujuan melawat sanak saudara atau kawan-kawan boleh membantu anda membakar kalori.

 

10 REGANGAN WAKTU MALAM

Sambil anda merehatkan diri pada waktu malam dengan menonton televisyen, cuba anda lakukan sedikit regangan. Duduk dan angkat kedua belah tangan anda sehingga ke atas kepala. Tahan posisi ini selama 20 saat sambil tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan.

11 TIDUR DI LANTAI

Sebelum anda bersiap untuk melelapkan mata, apa kata anda rebahkan diri ke lantai dengan posisi kaki ke atas. Tahan selama 5 saat, rehat dan ulangi lagi. Lakukan gerakan ini selama 10-12 kali untuk membantu menguatkan hamstring dan otot.

12 MENYANYI

Walaupun suara anda agak sumbang, tidak salah untuk anda menyanyi. Ini kerana, ia membantu meningkatkan semangat dalam diri anda. Ia membakar sehingga 70 kalori. Huh! Siapa sangka kan?

 

Ingin Kelihatan Langsing Lagi ? Bukan hanya dengan melakukan cara bagaimana nak kurus cepat sahaja tetapi anda juga boleh kelihatan langsing dengan gaya penampilan diri anda.

 

13   PAKAIAN

Gunakan pakaian dengan warna-warna gelap dan motif yang tidak terlalu banyak. Jika bahagian pinggul dan paha anda agak besar, pilihlah seluar panjang (straight cut) untuk menampakkan anda lebih tinggi dan langsing.

   

14  PAKAIAN DALAM

Saiz pakaian dalam yang terlalu kecil boleh membuatkan badan anda kelihatan lebih gemuk. Jadi, cubalah ke kedai pakaian dalam untuk mendapatkan ukuran pakaian dalam yang sebenar dan tepat.

15   PAKAIAN PELANGSING

Pakaian pelangsing menjadi salah satu cara untuk anda nampak ramping dan kurus dengan cepat. Dengan pakaian pelangsing, perut dan peha anda kelihatan lebih kecil. Ia juga membuatkan anda rasa yakin diri dan dapat menyembunyikan bahagian badan yang berlebihan.

16   IKAT RAMBUT

Salah satu cara untuk manipulasikan badan anda agar kelihatan lebih langsing adalah dengan mengikat rambut ke atas (ekor kuda). Cara ini juga menampakkan badan anda lebih tinggi, sekaligus mempengaruhi bentuk badan anda.

   

 

[Pengumuman] : Jika anda ingin kurus dengan cepat dengan cara mudah klik di sini.

 

3 thoughts on “TIPS # KURUS CEPAT TANPA DIET

Leave a Reply