Mahu Kurus Cantik Sahaja atau Mahu Kurus Cantik & Sihat?

Sudah nak hari raya puasa. Pejam celik, pejam celik umur Che Ja bertambah lagi. Tak apa la kan age is just a number bak kata orang putih, yang penting cuba tengok pencapaian diri kita tahun ini. Tengok juga bentuk lengkung badan kita. Dari kerengga dah jadi apa agaknya ya. Che Ja bukan nak menyakitkan hati sesiapa, cuma nak ajak sama-sama review penampilan kita kurus cantik dan sihat.

          Kalau bercerita tentang cara nak maintain body kerengga ni mestilah macam-macam ragam, kan? Ada yang pakai girdle hingga terpaksa jalan dan duduk macam robot. Ada yang tak makan nasi. Ada yang asyik detoks sahaja. Ada yang jogging dan gim tak sudah. Pokoknya asal berat badan maintain itu lebih penting. Duit, lapar, sakit, marah, benci semua ditelan asal body nampak solid. Baru-baru ini Che Ja berkesempatan ke majlis makan malam meraikan wanita-wanita cemerlang. Che Ja memang kagum. Ketepikan soal kejayaan perniagaan mereka sebab sudah terbukti. Yang membuat saya tak kelip-kelip mata, bila tengok body masing-masing. Bila tengok rupa kita tahulah mereka bukan remaja lagi. Inilah yang saya maksudkan. Pandai betul mereka jaga bentuk badan.

          Owh, mungkin ada yang kata, depa kaya bolehlah pasang badan. Hmm ya tak ya juga kan. Ini yang buat Che Ja nak share dengan you all satu cerita lagi. Kawan saya suri rumah tangga. Ambil keputusan untuk berhenti kerja demi anak-anak. Anak pula bukan satu, tapi enam orang. Tahun lepas waktu saya jumpa, mak oii, terkejut saya. Maklumlah waktu kami sama-sama belajar dulu dia memang slim. Bila anak dua, dia berhenti kerja, masa tu badan dia dah mula naik sikit tetapi tetapi tetap nampak solid. Dia cuma gelak kuat-kuat sambil kata, “Don’t say anything. Please remain silent and let your jaw drop!” ujarnya sambil ketawa kuat. Perangai masih macam dulu. Suka ketawa, energetik, muka masih cantik, cuma dagu berlapis-lapis.

          Saya terdiam. Tak mampu nak kata apa-apa. “My jaw really dropped” Ya Allah, apa kawan aku makan ni? Saya peluk dia, hahaha ak sampai, dan kami sama-sama ketawa. Ketawa yang kuat. Lalu Che Ja cabar dia untuk kembali langsing bila kami bertemu kembali. Che Ja shared semua petua yang Che Ja buat agar badan slim sokmo. Dan bila saya bertemunya minggu lepas, sekali lagi mulut Che Ja ternganga besar. Siapa sedut segala lemak dia ni. Setahun je saya tak jumpa. Biar betul. Dia buat diet ekstrem ke? Macam-macam dalam kepala Che Ja. Sehinggalah dia menjerit-jerit panggil nama Che Ja suruh buka mata besar-besar.

        “Hey you, look at me. I sahut cabaran you tau. Since we met, I terus tekad. No more fat fat fat! And this is the result. My kids semua support and my hubby jangan cakap la, happy gila. Selama ni  dia takut nak komen takut I kecil hati,” ceritanya tanpa beri peluang Che Ja mencelah. Che Ja ketawa sambil peluk dia erat-erat. So kalau you all ada ciri-ciri macam kawan Che Ja ni, cuba tanya suami you all juga ya.

         “Apa rahsia you? How you do it? Soal Che Ja. Dia tersenyum meleret sambil beritahu bukan mudah. Since jumpa Che Ja tu, dia start makan diet seimbang, kurangkan pengambilan nasi dan semua makanan berlemak. Bukan tak makan langsung, tapi it’s about how you control your appetite. Memanglah hidup hanya sekali, tapi kita hidup nak sihat, kan? Yang best lagi, dia juga mula amlkan senaman. Everyday without fail. Minum air detoks dan dia berjaya kurangkan berat badan sehigga 10 kg. Saya macam tak percaya. Lalu dia kongsi juga dia jumpa doktor untuk membantu. Bukan sedut lemak, tetapi mengambil ubat yang terkawal. Dia juga amalkan puasa setiap Isnin dan Khamis.

          Dia lebih berjaya kerana dia sangat berdisplin. Setiap yang dilakukan semuanya dibuat kerana mahu jaga kesihatannya. Dari perbualan demi perbualan, rupa-rupanya dia sangat takut melihat apa yang terjadi kepada salah seorang sepupunya. Tak jaga makan akhirnya diserang kencing manis, darah tinggi, kemudian sering diserang sesak nafas kerana badan terlalu berat hingga akhirnya meninggal dunia dalam usia 30-an. Che Ja terdiam tetapi dalam pada itu Che Ja kagum kerana dia memilih cara yang betul untuk menurunkan berat badannya tanpa menggunakan cara yang mengarut.

           Adakah kita semua juga ingin sesuatu terjadi kepada orang-orang sekeliling kita, baru kita mahu ambil peduli tentang kesihatan. Kurus perkara kedua, kesihatan paling utama. Semoga tahun hadapan anda semua terus berada dalam kesihatan yang terbaik. Jangan lupa review tahap kesihatan kita sepanjang tahun ini agar kita tidak mengulangi kesilapan.

 

[Pengumuman] : Jika anda ingin kurus dengan cepat dengan cara mudah klik di sini.

Leave a Reply