GANTI NASI UNTUK KURUS

Nasi merupakan makanan ruji penduduk Asia malah ada beranggapan jika belum makan nasi umpama belum sempurna makan. Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang mula menyedari bahawa nasi memiliki indeks glikemik yang tinggi. Ini bermakna nasi lebih cepat diserap menjadi gula dalam darah. Pakar nutrisi menyarankan agar tidak terus membuang nasi dalam pengambilan makanan harian. Kita cuma perlu mengawal pengambilan nasi setiap hari. Menurut pakar nutrisi, setiap individu perlu makan nasi hanya segenggam sahaja. Selain itu, anda juga boleh menggantikan nasi dengan makanan berkhasiat yang lain. Blog kali ini ingin memberikan cadangan ganti nasi untuk kurus kepada anda yang sedang berdiet.

 

TUKAR NASI AMBIL OAT

Oat bukan sahaja boleh membantu tubuh daripada gangguan jantung, kolesterol dan penyakit diabetes malah boleh membantu mengurangkan berat badan. Oat adalah makanan yang mengandungi serat cukup tinggi. Oat mampu memberi tenaga kepada tubuh lebih tinggi daripada nasi.

 

TUKAR NASI AMBIL PASTA

Pasta adalah makanan barat yang juga boleh digunakan untuk mengganti nasi. Pasta mempunyai indeks glikemik yang rendah iaitu sekitar 4.1 sahaja. Selain itu, pasta mengandungi banyak nutrisi lain seperti asid folat dan kandungan lemak yang rendah.

 

TUKAR NASI AMBIL KELEDEK

Ubi keledek juga boleh mengganti nasi dan sedap untuk dimakan. Ubi keledek mempunyai rasa yang manis dan terkenal kerana mempunyai sumber nutrisi yang lengkap. Kaya dengan fosfor, kalsium, betakaroten, vitamin A, vitamin C, vitamin B1, zat besi, protein, lemak, air, dan karbohidrat. Ubi keledek juga mempunyai indeks glikemik yang rendah iaitu 5.4.

 

TUKAR NASI AMBIL KENTANG

Kentang antara pilihan sebagai pengganti nasi ketika menjalani program diet. Kentang memenuhi keperluan karbohidrat tubuh dan kaya dengan vitamin C, B, zat besi, kalsium dan kalium. Kentang juga mempunyai nutrisi yang dapat membakar lemak pada tubuh. Nah apalagi, ambil menu kentang sebagai ganti nasi untuk kurus.

 

TUKAR NASI AMBIL UBI KELADI

Indeks glikemik ubi keladi hanya sekitar 5.4 sahaja. Kadar ini cukup rendah dan baik buat mereka yang mengamalkan diet sihat. Ubi keladi juga mengandungi nutrisi yang seimbang dan lengkap. Kandungan karbohidrat ubi keladi tinggi iaitu hampir 80 peratus.

 

TUKAR NASI AMBIL UBI KAYU

Ketika zaman peperangan Jepun dahulu ubi dijadikan makanan utama menggantikan beras. Ubi kayu boleh membantu menurunkan kadar kolesterol jahat kerana mengandungi serat yang tinggi. Karbohidrat kompleks di dalam ubi kayu mempunyai indeks glikemik yang rendah iaitu kurang 5.5 sahaja.

 

TUKAR NASI AMBIL SUKUN

Kita sering makan kerepek sukun yang manis dan rangup. Namun jika diadun dengan betul, sukun merupakan makanan sihat yang boleh membantu menurunkan berat badan. Sebaik-baiknya sukun ini dikukus atau direbus. Sukun mengandungi flavonoid yang baik untuk jantung dan buah pinggang.

 

TUKAR NASI AMBIL JAGUNG

Jagung mengandungi sumber karbohidrat yang boleh memenuhi keperluan tubuh manusia. Jagung juga kaya dengan antioksida dan vitamin B, serat serta mineral. Jagung boleh dicampur di dalam sup atau sebagai salad.

 

Sememengnya tips diet ganti nasi untuk kurus di atas adalah baik untuk anda. Anda ada banyak pilihan karbohidrat terbaik selain nasi supaya kekal bertenaga sepanjang waktu diet anda. Harap anda dapat manfaatkan tips diet kurus ini dalam kehidupan harian anda. 

 

[Pengumuman] : Jika anda ingin bentuk badan ramping dengan cara mudah klik di sini.

Leave a Reply