Adakah Anda Terasa Kulit Ternyahhidrat Atau Terhidrat?

Dalam dunia kecantikan, air adalah kunci untuk mengekalkan kulit berisi dan menghindarkan garis-garis halus. Apabila kulit cukup terhidrat, ia memantulkan cahaya dengan sama rata dan menjadikan kulit sihat berseri. Namun kulit yang telah hilang keupayaan untuk mengekalkan air akan kelihatan kusam, kering dan terkupas. Kehilangan lembapan adalah salah satu punca utama penuaan pra-matang.

Untuk mengetahui sama ada kulit anda mengalami dehidrasi atau tidak, gunakan satu jari untuk mengangkat pipi anda. Jika ia bulat berisi, kulit anda terhidrat. Tetapi jika anda melihat garis-garis halus, ia bermakna kulit anda kering.

Setiap hari, kulit kita tanpa mengira usia atau jenis sering terdedah kepada pelbagai jenis stresor (tekanan) yang boleh menghakis keutuhan perisai kelembapan semulajadi dan menyebabkan kulit kehilangan keupayaan untuk menghidrat dirinya sendiri.

 

Stresor Utama Kulit

 

Penghawa Dingin

Pendedahan berterusan kepada penghawa dingin di pejabat, kereta, dan di rumah akan menghilangkan kelembapan daripada kulit.

 

Tekanan Fizikal & Emosi

Tekanan mewujudkan tebukan kecil di membran sel yang menyebabkan kebocoran air daripada sel-sel dan menjadikan kulit kering.

 

Sinaran UV

Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kekeringan kulit. Selaran matahari juga boleh merosakkan perintang semulajadi kulit terhadap kehilangan air.

 

Sabun Yang Kuat Atau Pemutih / Peluntur Kulit

Menggunakan sabun yang kuat atau bahan kimia dalam produk pemutihan kulit boleh menghakis perintang kelembapan semulajadi kulit dan menyebabkannya kehilangan kuasa penahan air.

 

Kafein

Setiap cawan kopi atau teh yang anda minum menghilangkan dua cawan air daripada badan menyebabkan badan dan kulit kering.

 

Perjalanan

Terbang pada paras ketinggian yang tinggi mempunyai kesan pengeringan yang teruk pada kulit kerana tahap kelembapan di dalam kapal terbang hanya 3-5%.

 

Alkohol

Minum arak menghalang pengeluaran vasopresin, hormon anti-diuretik, menyebabkan buah pinggang anda bekerja lebih keras dan menyahhidrat badan dan kulit.

 

 

Kulit Terhidrat vs Ternyahhidrat

Seperti badan, kulit juga boleh mengalami dehidrasi. Kulit kering kurang kelembapan dan kelihatan kusam, manakala kulit yang terhidrat dengan betul kelihatan berisi, sihat dan berseri.

 

Kulit Terhidrat

  • Bersih, tona kulit sekata
  • Berisi dan sihat
  • Lembut, licin dan lembap
  • Pejal dan lembut
  • Kurang garis-garis halus dan kedutan
  • Berseri

 

  

 

   

Kulit Kering

  • Tekstur tidak sekata dan pigmentasi
  • Kusam dan kurang seri
  • Tegang, gatal, dan merengsakan
  • Terkelupas, merah, dan bertompok-tompok
  • Terdedah kepada garis-garis halus dan penuaan
  • Meningkatkan risiko jerawat

 

 

Sumber : http://www.womenshealthmag.com/beauty/stress-on-hair-and-skin

 

[Pengumuman] :  Kulit yang cantik bermula dengan rejim penjagaan kulit yang baik dan produk yang berkhasiat. klik di sini  atau https://web.facebook.com/zalynnahbeautyfacialmobilespakl/

 

 

Leave a Reply