8 TRIK DIET MILIKI TUBUH LANGSING DAN MANTAP

 

Masih belum terlambat untuk anda memulakan diet pada tahun baru. Walaupun anda rasa menurunkaan berat badan agak susah tetapi masih ada peluang untuk anda mematuhi saranan dari pakar diet. Yang penting, berniatlah untuk miliki tubuh langsing dan mantap, pilih makanan berkhasiat dan mestilah bersenam.

 

Jika sukar untuk mengikuti saranan pakar diet, anda boleh memulakan proggram diet dengan mencipta kebiasaan baru. Hanya 6 minggu diperlukan untuk anda melakukkannya. Dalam tempoh ini juga, biarkan badan menerima perubahan secara perlahan-lahan. Untuk memastikan sasaran berjaya, cuba lakukan 8 trik diet ini:

 

TRIK 1

MAKANAN SIHAT DEPAN MATA

 

  • Satu kajian di Amerika mengatakan sesiapa sahaja akan makan apajenis makana yang terhidang di depan mata. Jangan sembunyikan di dalam almari.
  • Penelitian lain turut membuktikan seseorang yang mempunyai kebiasaan menyimpan buah dan sayuran di bahagian tengah peti ais akan mengalami penurunan berat badan sekurang-kurangnya 0.5kg sebulan.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Menurut saranan Maria Packard dari Dietitians Associations of Australia, bersihkan almari dan peti ais daripada segala jenis makanan tidak sihat. Contohnya, minuman soda, sirap, mayonis atau krim keju. Gantikan dengan yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, potongan buah-buahan dan sayuran.
  • Jika ada lebihan makanan seperti pizza tau kek, simpan sahaja di bahagian bawah peti ais.

 

TRIK 2

MULAKAN DENGAN AIR PUTIH

 

  • Kita sering salah anggap yang rasa dahaga itu sebagai rasa lapar. Untuk memastikannya betul, cubalah minum segelas air putih sebelum anda memutuskan untuk mengambil sebarang makanan.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Ketika anda merasa lapar dan terus mengambil makanan, cubalah untuk minum segelas air putih. Masukkan hirisan lemon atau segenggam strawberi. Tunggu selama 10 minit dan air putih pun menjadi lebih enak.

 

TRIK 3

TAMBAHKAN EKSTRA MAKANAN SIHAT

 

  • Amat sukar untuk mengurangkan jumlah hidangan makanan. Penyelesaiannya, tambahkan ekstra makanan sihat ke dalam piring anda. Demikian saranan pakar diet, Melanie Mc Grice dari Health Kick Nutrition & Dietetics, Australia.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Walau apapun jenis makanan yang anda ambil, cuba hidangkan sepiring salad atau sayuran ekstra. Contohnya, anda mengambil hidangan pizza atau pasta tetapi jangan lupa memesan salad sebagai makanan tambahan.

 

TRIK 4

WARNAI MAKANAN ANDA

 

  • Semakin berwarna makanan anda, semakin banyak nutrisi yang anda perolehi. Warna-warna pelangi ini anda boleh perolehi. Warna-warna pelangi ini anda boleh perolehi pada buah dan sayur.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Sebelum mengunyah makanan, cuba perhatikan piring anda. Jika makanan anda berwarna pucat, bermakna anda perlu membuat perubahan. Pastikan anda mengambil 10 warna makanan sehari. Tetapi jika sukar untuk anda, mulakan dengan 3 warna terlebih dahulu.

 

TRIK 5

CARI KAWAN ‘SENASIB’

 

  • Jika anda merancang untuk menurunkan berat badan, carilah kawan-kawan yang mempunyai tujuan yang sama. Kajian di Amerika mengatakan, diet dan senaman yang dilakukan bersama kawan akan terasa lebih mudah berbanding dilakukan sendirian.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Ketika mengambil hidangan tengahari, carilah kawan yang sedang berdiet. Ini untuk memberi sokongan kepada usaha anda. Berceritalah tentang rancangan diet anda dan mintalah sahabat anda membantu ‘mengawasi’ pemakanan anda.

 

TRIK 6

REALISTIK

 

  • Kajian menunjukkan target sebanyak 10% penurunan berat badan masih boleh diterima. Jika lebih dari itu, ia akan membuatkan anda sukar untuk mencapainya. Jadi, anda perlu merancang tujuan anda untuk menurunkan berat badan lebih banyak untuk mencapai impian tubuh langsing dan mantap.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Gunakan fikiran yang logik untuk merangka jumpa penurunan yang anda inginkan. Contohnya 1 – 1.5kg per minggu. Dengan menetapkan angka yang sedikit, perubahan lain akan lebih mudah diatur.

 

TRIK 7

DUDUK DAN NIKMATI

 

  • Kajian di Osaka University, Jepun mendapati ada hubungan antara kebiasaan makan cepat dengan kenaikan berat badan. Malahan, ia berkait dengan fakta iaitu makan dengan perlahan sambil menikmati makanan akan memberi waktu untuk badan anda mengirimkan isyarat kenyang.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Makan dan duduklah di meja makan. Perhatikan apa yang sedang anda makan seperti warna, tekstur, kesegaran dan rasa. Ini akan memberi kepuasan kepada anda. Selain itu, minimumkan gangguan seperti televisyen atau berbual di meja makan.

 

TRIK 8

TULIS DIARI DIET

 

  • Penelitian menunjukkan tindakan mencatat makanan yang anda ambil dapat meningkatkan usaha penurunan berat badan. Dari situ, ia akan membantu anda lebih berhati-hati dalam memilih makanan.

 

Lakukan Trik Ini:

  • Anda boleh mulakan dengan menulis diari diet dan mencatat semua yang anda makan selama 6 minggu. Semua makanan yang diambil mesti dikira kerana ia akan mempengaruhi jumlah kalori yang masuk.

 

Dengan trik-trik ini, tidak ada lagi ‘misteri’ kenapa berat badan anda tidak turun. Malah, trik diet ini membantu anda miliki tubuh langsing dan mantap yang anda harapkan.

 

[Pengumuman] : Jika anda ingin bentuk badan ramping dengan cara mudah klik di sini.

 

Leave a Reply