Elysyle Corset

BADAN YANG MENAWAN UMPAMA JAM PASIR

Tidak seperti diet dan senaman yang bersifat sementara, Pakaian Dalam Elysyle boleh membantu anda untuk mencapai bentuk badan yang sempurna kerana ia meletakkan lemak ke tempat yang betul iaitu pada dada dan punggung membuatkan anda kelihatan lebih menawan.

Membentuk garisan pinggang anda menjadi lebih ramping. Kepingan fabrik mudah ini disertakan 8 tulang lingkaran yang fleksibel yang direka secara ergonomik untuk mengawal bonjolan bahagian atas badan. Ia menolak lemak secara berkesan dari pinggang ke arah cawan bra dan dari belakang ke arah girdle untuk membentuk pinggul menawan. Ia juga amat berguna bagi mereka yang mengalami masalah belakang dengan membantu mereka menyokong bahagian belakang.

Bentuk Badan Merupakan "NYAWA KEDUA" Setiap Wanita

Jadilah seorang wanita moden yang BERKEYAKINAN, SIHAT, JELITA & BERDAYA PENARIK

MASALAH KETIDAKSEMPURNAAN BENTUK BADAN DIGOLONGKAN KEPADA 3 JENIS

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KEDITAKSEMPURNAAN BENTUK BADAN

1. Daya Graviti

Bahagian payudara dan punggung yang anda prihatin adalah :

- 100% disokong oleh lemak

- bahagian yang paling cepat mengendur disebabkan daya graviti

2. Penuaan

- bermula selepas 25 tahun

- bertambah serius selepas bersalin & pengurangan berat badan secara mendadak

3. Postur duduk tetap dalam jangka panjang

menyebabkan:

- kesakitan bahagian belakang

- lemak terkumpul di bahagian punggung

4. Tabiat pemakanan dengan kandungan lemak dan protein yang tinggi

menyebabkan:

- lemak terkumpul di bahagian pinggang

5. Pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai

menyebabkan:

- lemak terkumpul di bahagian pinggang

PERBEZAAN PAKAIAN DALAM DX VERVE & CHARMS DENGAN PAKAIAN DALAM BIASA

Adakah Pakaian Dalam Anda Tidak Bersesuaian?

Penilaian Diri

Mampukah bra anda MENGALIHKAN dan MENGUNCI lemak anda di tempat yang betul?

MEMPERKENALKAN PAKAIAN DALAM ELYSYLE

Mendedahkan rasa sensual anda

Koleksi DX Verve dan Charms merupakan produk pengenalan ELYSYLE yang sangat digemari ramai. Melalui jahitan tangan dan pemotongan persis hasil kerja tukang jahit pakar, pakaian dalam pembentuk badan ELYSYLE dihasilkan untuk wanita yang layak memiliki yang terbaik.

DX Verve

Mulai suatu perjalanan membentuk potongan yang sempurna dengan DX Verve, asas transformasi ke arah bentuk badan menggoda yang merangkul kewanitaan sejati anda. Demi kesempurnaan mutlak, DX Verve menggabungkan keanggunan yang terapi dan keselesaan yang tiada bandingan dengan renda Clematis yang terindah.

Charms

Koleksi Charms dapat mengubah pakaian kepada gaya fesyen tersendiri. Dengan renda Perancis indah yang diilhamkan daripada hiasan ukiran timbul Caameo yang rumit dan butiran dwi-tona, pakaian dalam pembentukan badan yang serba guna dan diperbuat oleh pertukangan cemerlang ini, dapat menyerlahkan lenggok badan dan menyampaikan gaya abdi.

APA KATA CELEBRITIES TENTANG DX VERVE & CHARMS DARI ELYSYLE

CIRI-CIRI DAN KEBAIKAN DX VERVE & CHARMS DARI ELYSYLE

Mendakap Dewi Dalaman Anda

Bentuk badan wanita layak menerima kemuliaan.

Sama seperti rahsia anda, DX Verve menyerlah, menyokong dan membentuk badan yang memegun serta diidamkan sekian lama. Direka dengan cantik dan dihiasi dengan randa Clemantis yang halus, serta dipadankan pemotongan dan ketukangan unggul kami, DX Verve merupakan asas transformasi anda ke arah bentuk badan menggoda yang merangkul kewanitaan sejati anda sepenuhnya.

Revolusi Keselesaan

Menyerlahkan keseksian wanita tanpa mengabaikan kepentingan lain.

Pengudaraan Baik   Material net kuasa membekalkan kuasa peregangan dan pelenturan yang unggul. Dengan adanya struktur berbentuk tripod yangberteknologi tinggi, material tersebut membenarkan penyerapan lembapan dan pengudaraan yang maksimum.

Sokongan Unggul  Dx Verve direka dengan Pita Nano, yakni fiber yang pertama paling halus di dunia, hanya 1/7500 ukuran diameter rambut manusia. Mikrofiber tersebut seperti kulit kedua pada badan, membekalkan sokongan lebihan apabila membentuk susuk tubuh pada tempatnya.

Pengering Pantas  Kulit kekal kering dan selesa dengan Technofine, sejenis fabrik inovatif yang mempunyai kelajuan pengeringan dua kali ganda lebih tinggi daripada kain kapas.

Keanggunan Yang Terapi

Lilitan DX Verve diseimbang oleh renda yang berjalinan dan berkilauan yang turut menghiasi korset. Idea yang berani dan halus ini tercetus daripada kemekaran bunga Clematis yang anggun. Clematis juga dikenali sebagai 'ratu bunga menjalar', yang menggambarkan kemuliaan dan kecantikan, seperti wanita yang mengidamkan sesuatu yang paling indah untuk dirinya.

Dengan unsur keemasan, renda Clematis yang berjalinan menambah sentuhan sensual yang menggoda dan memukau secara serta-merta, sejajar dengan nada warna Premium Perang Diraja yang mewah dan menawan.

Mengubah Payudara Yang Leper Atau Kendur

Band lebar di bawah ketiak Elysyle Brassiere menolak lemak berlebihan dari belakang, sisi, dan ketiak ke dalam cawan bra bagi membentuk payudara yang bulat sambil menghapuskan bonjolan hodoh. Lemak tersebut akan tersimpan dalam kedudukannya dan payudara akan disokong dengan teguh. Dihasilkan daripada fabrik tanpa tenun yang mempunyai pengudaraan baik, brassiere bercirikan net kuasa berganda membolehkan dada lebih menonjol, lilitan bawah lengan yang lebih luas pula membekalkan sokongan tambahan.

Menyembunyikan Kebuncitan Perut Atau Kebesaran Pinggang

Direka untuk mengempiskan perut dan bahagian bawah abdomen, Elysyle waist Nipper membantu anda membentuk garis pinggang yang menawan. Ucapkan selamat tinggal kepada kebuncitan! Tetulang lingkaran yang flexibel mencipta suatu garisan pinggang yang lebih seksi, manakala panel tanpa regangan mengempiskan bahagian perut. Net kuasa berganda membantu menyingkirkan lemak di bahagian belakang.

Menghapuskan Lemak Belakang Dan Membaiki Postur Anda

Elysyle Body Shaper mengunci lemak ketiak di tempatnya dan menyokong payudara anda daripada mengendur. Ia juga membantu meratakan lemak pada belakang dan meluruskan postur anda. Tali bahu depan yang luas dan net kuasa berganda membekalkan sokongan tambahan. Dengan litupan belakang yang menyeluruh dan net kuasa garisan-X, postur diperbaiki serta-merta dan ketara.

Meningkatkan Lurah Dada

Kain net elastik pada Elysyle Body Shaper mengangkat payudara ke tengah untuk menyerlahkan lurah dada sambil memberi postur lurus yang dicemburui. 

Mengecilkan Paha & Mengangkat Punggung

Hilangkan bonjolan pada pangkal paha dan hasilkan paha yang kecil dengan Elysyle Long Girdle. Ia juga mengangkat dan memejalkan punggung anda dengan mengunci lemak dan mencegahnya daripada labuh ke bawah. Pemotongan 3D yang bergabung dengan net kuasa berganda dua dan tiga mengangkat pinggul dan membentuk semula paha dalaman. Panel berbentuk pentagon di depan mengempiskan perut dan memberikan kesan pelangsingan yang unggul.

Mencegah Bonjolan Hodoh

Elysyle Panties menyembunyikan lemak berlebihan daripada melimpah keluar dari perut dan paha. Potongan yang lebih luas demi litupan yang menyeruruh. Seluar dalam dilapik dengan material Technofine yang mempunyai pengudaraan baik, membekalkan kesegaran sepanjang hari.

KEUNIKAN DX VERVE & CHARMS

Keunikan 1 : Reka Bentuk Ergonomik

1. Teknologi Penimbas Badan 3-Dimensesi

Berdasarkan pengenalpastian 100 perincian tubuh daripada sistem ini, demi mendapat ukuran 3-dimensi tubuh manusia.

2. Teknologi Pengukur Tekanan Badan

Mengukur tekanan yang dapat ditampung oleh setiap bahagian tubuh bagi menentukan :

 a) komposisi fabrik,

b) kedudukan net kuasa,

c) kedudukan tetulang untuk memperoleh kesan pembentukan badan selesa.

3. Teknologi Rekaan Bantuan Komputer (CAD) Melakar Reka Bentuk

lalu memindahkannya menjadi data berkomputer.

4. Teknologi Pemotongan Automatik (CAM)

Berdasarkan data berkomputer untuk menjalankan potongan fabrik yang diperlukan pada kadar yang laju dan tepat.

5. Jahitan Sempurna

Setiap set Pakaian Dalam Pembentukan Badan Elysyle memerlukan 81 tenaga mahir dan terhasil daripada 156 langkah jahitan.

Keunikan 2 : Bahan Buatan Bermutu Tinggi & Rekaan Yang Elegan

Quup Aqua Powernet

Terdiri daripada Nilon & Poliuretna dalam struktur berbentuk Pentagon.

1. Nilon dalam bentuk Tri-Pot & Ciri Quup

2x lebih tinggi dalam penyerapan wap dan pengeringan yang pantas berbanding nilon konvensional.

Mengurangkan rasa berlengas dan pengap.

2. Struktur berbentuk Pentagon

Keupayaan regangan & ketahanan yang tinggi.

Kekal bentuk asal 100% selepas diregangkan.

Komposisi Bahan Elysyle DX Verve & Charms

Rekaan Renda Dinamik

Menggunakan teknologi tenunan terbaru dari Eropah, menghasilkan renda beralun keemasan yang unggul.

Menggunakan corak Bunga Clematis, sebagai konsep reka bentuk, yang melambangkan :

~ kecantikan dalaman

~ sifat kebangsawanan

~ sifat keanggunan

Menggunakan warna premium diraja : Perang

~ warna perang keemasan yang unik

~ melambangkan sifat keanggunan

Keunikan 3 : Kesan Menakjubkan

1. Pengalihan lemak payudara

2. Pengalihan lemak pinggang

3. Pengalihan lemak belakang

4. Pembentukan lurah payudara

Pembentukan Susuk Badan Menawan Melalui 3 Langkah Pemindahan Lemak

Keunikan 4 : Mutu Terjamin

Pengilang Jepun Yang Berpengalaman

~ Pengilang : Ditubuhkan sejak tahun 1979

~ Mempunyai >30 tahun pengalaman dalam pengajian & perkembangan

~ Kajian bersama universiti terkenal di Jepun, Universiti Toyama

~ Mempunyai sijil sistem pengurusan mutu  ISO 9001

~ Mendapat anugerah reka cipta terbaik daripada Organisasi Pakaian Dalam Pembentukan Badan Jepun

TESTIMONI DX VERVE & CHARMS

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DX VERVE & CHARMS

Terokai 5 manfaat DX Verve & proses pengilangan. Keberkesanan diakui oleh selebriti tempatan.

Keberkesan Alat Bantuan Pakaian Dalam Pembentukan Badan Elysyle - Khadijah Ismail

CARA PEMAKAIAN DX VERVE & CHARMS DENGAN BETUL

PENJAGAAN DX VERVE & CHARMS ANDA DAN PANDUAN MEMBASUH

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN DX VERVE & CHARMS

1. Gadis remaja Melaraskan kedudukan lemak  
2. Wanita yang ramping Mengekalkan kedudukan lemak  
3. Wanita yang gemuk Mengarahkan pengalihan lemak  
4. Wanita berusia Menahan daya graviti
5. Wanita selepas bersalin Melangsingkan pinggang dan memantapkan payudara 

BENTUK CINTA. Samada ia rakan sekerja anda yang cuba untuk mendapatkan semula bentuk badan seperti sebelum mengandung, atau kawan baik anda yang cuba untuk memakai gaun pengantin idamannya, anda boleh menunjukkan kasih sayang dan sokongan anda kepada mereka dengan hadiah yang akan membentuk dan mengubah bentuk badan mereka.

RAIKANNYA DENGAN BENTUK BADAN UMPAMA JAM PASIR!

Hari Jadi  Raikan hari jadi anak perempuan atau ibu anda dengan menghadiahkan mereka Pakaian Dalam Pembentuk Badan Elysyle. Jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman yang berbeza bagi memejalkan bahagian yang menggeleber, pakaian dalam pembentuk badan adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk membentuk potongan badan mengikut keinginan anda dan menghilangkan bonjolan yang tidak anda ingini!

Perkahwinan Perkenalkan Pakaian Dalam Elysyle kepada mereka yang merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Mendapatkan bentuk badan menarik untuk sesi fotografi dan memakai gaun pengantin idaman tidak lagi sukar dan mereka pasti akan berterima kasih kepada anda untuknya!

Selepas Bersalin  Kreatiflah sedikit. Daripada membeli perlengkapan bayi yang biasa, kumpulkan beberapa rakan untuk berkongsi membeli satu set baharu Pakaian Dalam Elysyle untuk bos wanita atau rakan sekerja anda yang baru sahaja melahirkan bayi. Ibu yang baru bersalin perlukan kasih sayang juga!

Ulang Tahun Perkahwinan Tunjukkan penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang ibu anda selama ini dengan mengumpulkan ayah dan adik-beradik anda untuk memberikan ibu anda satu set Pakaian Dalam Elysyle pada ulang tahun perkahwinan mereka. Membantu ibu mendapatkan kembali bentuk badannya pasti akan menambah keyakinan dirinya dan membuatnya semakin berseri!

Saiz Pakaian Dalam Pembentuk Badan Elysyle

Perbandingan Kaedah Pembentukan Susuk Badan Menawan

Perbandingan Pelbagai Pakaian Dalam Pembentuk Badan Dalam Pasaran

Berita gembira untuk cik puan!!

Jom cuba untuk mendapatkan saiz dan bentuk badan yang menjadi idaman setiap wanita.

Tunggu apa lagi!!

Hubungi Che Ja 011-36666119 untuk  'fitting' dan 'consult'.

Sememangnya PERCUMA tiada dikenakan bayaran.

Rasa dulu pasti cik puan tahu!!

Cara Pembelian & Bayaran

MENGENAI EDITOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Saya Che Ja atau dikenali sebagai Zalynnah JaJa di facebook, perunding kecantikan anda, suka pada kecantikan luaran dan dalaman, suka berkongsi info kecantikan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Saya juga gemar bersantai dengan teman ataupun bersendirian di cafe di sekitar KL dan PJ sambil update blog dan menikmati coffee atau cake kegemaran saya. Masa terluang saya suka habiskan membaca ataupun belajar membuat cake. Anda boleh layari laman Facebook Page saya Zalynnahs Sweet Treats. Selain berniaga online saya juga ada menjalankan perniagaan Zalynnah Beauty Facial Mobile Home Spa di sekitar Kuala Lumpur yang telah didaftarkan di atas nama prova enterprise (2091064-K). Sebarang pertanyaan cik puan boleh hubungi saya di talian 011-36666119 / 016-2679854 atau email kepada saya zalynnah769@gmail.com . Sekian terima kasih kerana sudi layari laman web saya.